Saturday 1 October 2011

KMTPh


Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
Kementerian Pelajaran Malaysia, 26400 Bandar Tun Razak Jengka, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-4677 103
Fax : 09-4677 102

VISI
KMTPH sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan sahsiah unggul menjelang tahun 2015
MISI
Memperkasa potensi pelajar melalui pendidikan berkualiti pra universiti
MOTTO
" Penjana Kegemilangan "

Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang (KMTPh) asalnya adalah Sekolah Menengah Teknik Jengka. Pada akhir tahun 2008, sekolah tersebut telah dinaiktaraf menjadi kolej matrikulasi bagi memenuhi keperluan pendidikan peringkat tinggi semasa yang kian berkembang.
Terletak di atas tapak berkeluasan 40.06 ekar (16.21 hektar) dan berhampiran dengan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka menjadikan kedudukannya hanya 8 km dari bandar Jengka dan mudah dihubungi dengan adanya laluan keluar di Chenor melalui Lebuhraya Pantai Timur. Ia juga boleh dihubungi melalui laluan bandar Maran dan Jerantut ke bandar Jengka.
Pada awal penaiktarafan, kolej ini telah diurustadbir oleh pegawai ”Task Force” seramai 4 orang yang diketuai oleh seorang Pengarah dengan dibantu oleh 20 orang pensyarah. Tanggungjawab awal pasukan ini adalah untuk merangka dan menggerakkan budaya kerja matrikulasi. Pada masa yang sama membuat persediaan untuk kemasukan pelajar sulungnya pada 11Mei 2009.
Kolej ini menawarkan pengajian satu tahun (PST) dalam Jurusan Teknikal. Kelayakan masuk untuk mengikuti jurusan yang ditawarkan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi KPM berdasarkan kepada keputusan SPM dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Pembelajaran pengajian dilaksanakan dalam bentuk kuliah, tutoran dan praktikal. Kaedah tersebut diaplikasikan untuk menyediakan dan melengkapkan diri pelajar kepada konsep belajar di menara gading. Proses pengajaran memfokus dan menjana pelajar ke arah mencapai keunggulan dalam setiap kecemerlangan seiring dengan motto, visi dan misi kolej.

email pentadbiran: admin@kmtph.matrik.edu.my
email editor web: eb@kmtph.matrik.edu.my

No comments:

Post a Comment